Wednesday, August 8, 2012

vaksin selamat x ?-dr zubaidi

Posted by mummY daniSha at 6:51 PM
Dr Zubaidi Hj Ahmad

Vaksin untuk bayi kita : Adakah selamat ?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, pada hal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar.

Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit.

Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya mendedahkan diri anak-anak kita dengan kemungkinan-kemungkinan dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Hanya orang-orang kita saja yang agak septikal terhadap program immunisasi ini, sedangkan orang-orang lain berlumba-lumba untuk menyiapkan diri mereka dengan perllindungan immunisasi agar tidak dijangkiti oleh oleh virus-virus berbahaya.

Seterusnya secara tidak langsung, boleh saya simpulkan ialah dengan tidak memberikan vaksin, di kala kebanyakan penduduk dunia lain telah diberikan vaksin, kita telah melemahkan diri kita.

selanjutnya saya akan huraikan dalam blog

Mengapa immunisasi penting?

Immunisasi melindungi bayi dan kanak-kanak dari penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan sawan, kerosakan otak, kebutaan dan kematian.

Pengalaman saya bekerja di hospital awam, dapat melihat setiap hari ada saja kemasukan bayi ke dalam wad, akibat jangkitan virus. Virus-virus ini menjangkiti bayi-bayi kita kerana bayi-bayi kita tidak dilindungi dengan program immunisasi dengan vaksin virus-virus tersebut.

Di Malaysia penyakit-penyakit seperti measles, tuberculosis, Hepatitis B, meningitis, batus kokol jarang dilihat kerana program immunisasi telah berjaya diberikan kepda kira-kira 95% bayi bawah umur setahun.

Kadar kematian bayi yang berumur satu tahun ke bawah juga sangat berkurangan, iaitu 3 dalam 1000 bayi yang dilahirkan dan hidup, setarah dengan United Kingdom (UK).
 
Sebagai perbandingan, saya tunjukkan kaitan antara bilangan kematian bayi berusia kurang setahun akibat jangkitan kuman dan virus dengan peratusan suntikan vaksin yang diberikan kepada bayi yang berumur kurang dari setahun di negara maju (UK), negara jiran (Indonesia), negara ramai penduduk (India) dan negara Afrika (Nigeria).

Negara Peratusan suntikan vaksin Jumlah bayi berumur
yang telah diberikan kepada satu tahun ke bawah yg
kanak-kanak berusia satu mati akibat jangkitan
thun ke bawah kuman (dalam 1000
kelahiran yang hidup)

United Kingdom (UK) 95% 3 dalam 1000
Malaysia 95% 3 dalam 1000
Indonesia 82% 15 dalam 1000
India 70% 22 dalam 1000
Nigeria 42% 39 dalam 1000

Sumber: http://www.who.int/whosis/
whostat/EN_WHS2011_Full.pdf

Sebagai kesimpulan bahawa jika penduduk sesebuah negara tidak diberikan suntikan vaksin, semakin tinggilah kebarangkalian untuk ramai bayi yang berumur satu tahun ke bawah meninggal dunia.

Walaupun dalam negara kita kebanyakan anak-anak kita telah disuntik dengan vaksin ((95%), dan boleh dikatakan bahawa ‘hampir mustahil’ anak-anak kita dijangkiti virus ini, tetapi penyebaran semula penyakit-penyakit ini di Malaysia telah mula berlaku jika ramai apabila kita kebanjiran pendatang asing yang membawa penykit-penyakit itu tanpa disedari oleh sesiapa, boleh saja menjangkiti anak kita yang tidak dilindungi oleh vaksin.

Fenomena ‘ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik’ adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja berbahaya kepada bayi mereka tetapi boleh mengujudkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit itu.

Sebagai contoh, anak kita berumur 8 tahun pernah disuntik vaksin penyakit batuk kokol (pertussis) bermain di padang permainan. Pada masa yang sama seorang pendatang asing yang kebetulan menghidap penyakit tersebut sedang berehat di situ. Sudah tentu kebarangkalian untuk anak kita dijangkiti kuman TB sangat tinggi, tanpa disedari.

Apabila anak kita balik ke rumah dan bermain dengan adiknya berumur 8 bulan yang tidak disuntik vaksin yang sama, kebarangkalian untuk menyebarkan kepada bayi yang lemah ini amat tinggi. Di akhirnya, kemungkinan bayi kita yang berumur 8 bulan ini mengalami batuk yang tidak pernah sembuh, akhirnya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.

uppppsss ni hanya copY pasTe dr fesbuk dr zubaidi
everyone has their own opinions..nak amek vaksin atau x,
risiko sendiri tanggung kan heee =p
buatla keputusan yg terbaek buat anak2 kita



14 cuTe fRenS:

Suraya Baharun on August 9, 2012 at 8:00 AM said... Reply To This Comment

betul tu pilih la yang terbaik untuk anak kita...tepuk dada tanye selera...hehehehe..

mummY daniSha on August 9, 2012 at 9:24 AM said... Reply To This Comment

betul tu..honestly..memang agak risau dgn vaksin...tp agak lega bila dengar penjelasan dr zubaidi ni...

Unknown on August 9, 2012 at 11:05 AM said... Reply To This Comment

aku tak setuju kalau doktor ni kata yg orang yg kata vaksin tu tak elok adalah mereka yang takde latar belakang pendidikan. in fact doktor ni kot yang tak study pasal golongan yang ban vaksin ni..bukan cikai punya orang yg kata vaksin tak bagus. tapi aku tak setuju jugak kalau ada yg kata kalau vaksin ni nak melemahkan umat islam etc(sikit sikit nak kaitkan rancangan jahat orang lain.bengap!)

realiti..medical officer sendiri yang cerita kat aku
(1)vaksin memang mengurangkan risiko tapi vaksin tak bagi 100% protection terhadap penyakit. banyak kes walau pun da bagi full dose meningitis budak still kena. macam kes rotavirus.
(2) ada kes bagi vaksin yang dah expired sebab hospital tak manage inventory dengan baik. tak buat konsep first in first out.
(3) vaksin bukan risk free.
(4) vaksin melemahkan immune sistem semulajadi badan..yg ni aku tak baca journalnya.tapi ada kajian benda ni..
(5) ada yang kata, baby yang tak ambik vaksin lebih sihat berbanding yg ambik vaksin (yg ni aku kena cari balik source tu)

tak nafikan.memang banyak kes kematian "mungkin" dapat dielakkan dengan vaksin. but still the risk bukan something yg parents boleh ignore mcm tu je..every parents have the right dan patut tau apa risk yg diorang ambik dengan ambik vaksin.utk kata vaksin adalah baik dan effective. full stop. tanpa menerangkan risikonya adalah salah bagi aku.

parents should know that vaksin adalah prevention utk penyakit yg disebabkan oleh virus. higher immune system should help them from getting the infection.

ni sama macam kes viral infection tapi doktor bagi antibiotik.

mummY daniSha on August 9, 2012 at 11:24 AM said... Reply To This Comment

yes..totally agree...vaksin cuma preventation..tp kalau kata x nak amek vaksin takut jugak heee.sebab camna nak prevent anak kita kena hepatitis yg sgt muda berjangkit..dr ni ada pengalaman kena pada anak dia...tu mayb dia memang sgt trust pada vaksin...leh baca fesbuk dia..byk komen heheee

Unknown on August 9, 2012 at 11:30 AM said... Reply To This Comment

sebab doktor ni belum kena lagi dah vaksin pun anak dia still sakit.. dan belum kena lagi side effect dari vaksin..kalau belum tentu dia tak cakap mcm ni..hepatitis sangat mudah berjangkit. kena tau siapa yang dah kena kat sekeliling kita. dan sentiasa amalkan kebersihan basic.. hepatitis senang berjangkit.tapi ada orang yang memang boleh build immune sistem sendiri againts hepatitis. husband aku contohnya..aku langsung tak tau aku ada hepatitis sampai masa pregnant..so sebelum aku tau dia mmg takde ambik vaksin ke apa.. tapi alhamdulillah..immune sistem dia cukup kuat.sampai sekarang belum kena jangkitan lagi..

mas,
takut takut tak guna.kita takut sebab kita tak tau.sebab kita tak belajar.jgn rely pada info yg org bagi je.da jadi mak bapak. macam tu la.tapi aku tak halang kalau org nak ambik pun.personal choice.

mummY daniSha on August 9, 2012 at 11:48 AM said... Reply To This Comment

"Terima kasih Faridah Idris, anak saya juga dijangkiti measles keran saya menangguhkan suntikan itu (atas kesibukan). Beliau juga hampir putus nyawa, saya hanya berikan antibiotik dan malangnya beliau tidak sembuh. Tidak makan, muntah, demam tingg, batuk. Sangat kasihan melihat beliau yg hanya baru memasuki umur setahun. Bila diperiksa darah, sah jangkitan MEASLE. Puncanya dia bermain dengan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun warga asing yang tidak disuntik vaksin. Kanak2 ini telah mengalami simptom yang sama seminggu sebelum itu. Tapi dia sudah besar. Anak saya baru masuk satu tahun. Daya tahannya tidak sekuat kanak-kanak itu. ALHAMDULILLAH, beliau telah sihat sekarang."

tu komen dia kat fesbuk...copy paste heee....tahla....aku amek yg wajib kat KKM je...yg tambahan mcm rotavirus,pnemonia aku x amek pun...sebab penyakit tu boleh elak lg bg aku...tp kalau mcm hepatits tu aku x sure imun anak2 cukup ke nak lawan penyakit tu...dats why aku amek....

apa2 pun penyakit dtg dr ALLAH kan..kita cuma berusaha je..kalau amek vaksin pun,kalau ALLAH nak bg...dpt jugak kan ....doala jela senjata kita...=)

Unknown on August 9, 2012 at 11:57 AM said... Reply To This Comment

kan..antibiotik tak membantu jangkitan virus..hanya utk bakteria. dan.mungkin ramai jugak doktor bagi antibiotik supaya cepat sembuh. the fact adalah antibiotik merendahkan immune sistem dalam masa yang sama.

betul mas.doa tu senjata orang mukmin. tapi jgn lupa.kita kena ada pengetahuan juga. tak boleh nak bergantung pada doa 100%.

still..aku tak puas ati sbb statement doc ni sangat misleading bila dia kata org takde education yg kata vaksin tu tak elok.

mummY daniSha on August 9, 2012 at 12:03 PM said... Reply To This Comment

tula...kalau pergi dr swasta biasa senang je bg antibiotik...sekali aku bawak danisha gi dr swasta,die bg antibiotik....terus aku bawak gi pakar...then pakar kata x perlu antibiotik.....sejak tu aku bawak gi pakar je..hehe..aku memang elak anitbiotik..

Unknown on August 9, 2012 at 12:21 PM said... Reply To This Comment

kalau ada duit ok la nak pegi pakar manjang..hehe..

oh..btw..family ko ada yg ada history hepatitis ke? anak aku "ter"paksa diberi sbb aku memang ada hepatitis b. so keluar keluar tu doktor terus cucuk.takde mintak pendapat ke apa dah.

mummY daniSha on August 9, 2012 at 12:32 PM said... Reply To This Comment

huuu..bukan selalu danisha x sihat hehee..kalau x teruk aku x bawak gi dr pun hehe...

ha ar..ada sedara yg mayb ada..so kenala prevent kan..x berani nak amek risiko sebab aku pun x tau imun dia kuat ke x heeee =p

Unknown on August 9, 2012 at 12:55 PM said... Reply To This Comment

jadi tempat chatting pulak comment box ko ni :P

mummY daniSha on August 9, 2012 at 1:05 PM said... Reply To This Comment

heheheee...=p

izz iizza on August 9, 2012 at 8:31 PM said... Reply To This Comment

vaksin memang perlu untuk bayi.. tapi ada juga sy kan yg bila diberi vaksin tetiba jadi sawan bagai..mungkin daya tahan badan x kuat ker apa kalau jadi gitu..

mummY daniSha on August 9, 2012 at 9:26 PM said... Reply To This Comment

sawan?demam ke?bila injek kdg2 demam kan..mayb sebab suhu tinggi tu kena sawan x?wallahualam...sy pun kurang arif =)

 

liFe is fuLL of beautY Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting