Dr Zubaidi Hj Ahmad
Vaksin untuk bayi kita : Adakah selamat ?
Vaksin untuk bayi kita : Adakah selamat ?
Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, pada hal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar.
Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit.
Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya mendedahkan diri anak-anak kita dengan kemungkinan-kemungkinan dijangkiti penyakit berbahaya ini.
Hanya orang-orang kita saja yang agak septikal terhadap program immunisasi ini, sedangkan orang-orang lain berlumba-lumba untuk menyiapkan diri mereka dengan perllindungan immunisasi agar tidak dijangkiti oleh oleh virus-virus berbahaya.
Seterusnya secara tidak langsung, boleh saya simpulkan ialah dengan tidak memberikan vaksin, di kala kebanyakan penduduk dunia lain telah diberikan vaksin, kita telah melemahkan diri kita.
selanjutnya saya akan huraikan dalam blog
Mengapa immunisasi penting?
Immunisasi melindungi bayi dan kanak-kanak dari penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan sawan, kerosakan otak, kebutaan dan kematian.
Pengalaman saya bekerja di hospital awam, dapat melihat setiap hari ada saja kemasukan bayi ke dalam wad, akibat jangkitan virus. Virus-virus ini menjangkiti bayi-bayi kita kerana bayi-bayi kita tidak dilindungi dengan program immunisasi dengan vaksin virus-virus tersebut.
Di Malaysia penyakit-penyakit seperti measles, tuberculosis, Hepatitis B, meningitis, batus kokol jarang dilihat kerana program immunisasi telah berjaya diberikan kepda kira-kira 95% bayi bawah umur setahun.
Kadar kematian bayi yang berumur satu tahun ke bawah juga sangat berkurangan, iaitu 3 dalam 1000 bayi yang dilahirkan dan hidup, setarah dengan United Kingdom (UK).
Sebagai perbandingan, saya tunjukkan kaitan antara bilangan kematian bayi berusia kurang setahun akibat jangkitan kuman dan virus dengan peratusan suntikan vaksin yang diberikan kepada bayi yang berumur kurang dari setahun di negara maju (UK), negara jiran (Indonesia), negara ramai penduduk (India) dan negara Afrika (Nigeria).
Negara Peratusan suntikan vaksin Jumlah bayi berumur
yang telah diberikan kepada satu tahun ke bawah yg
kanak-kanak berusia satu mati akibat jangkitan
thun ke bawah kuman (dalam 1000
kelahiran yang hidup)
United Kingdom (UK) 95% 3 dalam 1000
Malaysia 95% 3 dalam 1000
Indonesia 82% 15 dalam 1000
India 70% 22 dalam 1000
Nigeria 42% 39 dalam 1000
Sumber: http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS2011_Full.pdf
Negara Peratusan suntikan vaksin Jumlah bayi berumur
yang telah diberikan kepada satu tahun ke bawah yg
kanak-kanak berusia satu mati akibat jangkitan
thun ke bawah kuman (dalam 1000
kelahiran yang hidup)
United Kingdom (UK) 95% 3 dalam 1000
Malaysia 95% 3 dalam 1000
Indonesia 82% 15 dalam 1000
India 70% 22 dalam 1000
Nigeria 42% 39 dalam 1000
Sumber: http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS2011_Full.pdf
Sebagai kesimpulan bahawa jika penduduk sesebuah negara tidak diberikan suntikan vaksin, semakin tinggilah kebarangkalian untuk ramai bayi yang berumur satu tahun ke bawah meninggal dunia.
Walaupun dalam negara kita kebanyakan anak-anak kita telah disuntik dengan vaksin ((95%), dan boleh dikatakan bahawa ‘hampir mustahil’ anak-anak kita dijangkiti virus ini, tetapi penyebaran semula penyakit-penyakit ini di Malaysia telah mula berlaku jika ramai apabila kita kebanjiran pendatang asing yang membawa penykit-penyakit itu tanpa disedari oleh sesiapa, boleh saja menjangkiti anak kita yang tidak dilindungi oleh vaksin.
Fenomena ‘ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik’ adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja berbahaya kepada bayi mereka tetapi boleh mengujudkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit itu.
Sebagai contoh, anak kita berumur 8 tahun pernah disuntik vaksin penyakit batuk kokol (pertussis) bermain di padang permainan. Pada masa yang sama seorang pendatang asing yang kebetulan menghidap penyakit tersebut sedang berehat di situ. Sudah tentu kebarangkalian untuk anak kita dijangkiti kuman TB sangat tinggi, tanpa disedari.
Apabila anak kita balik ke rumah dan bermain dengan adiknya berumur 8 bulan yang tidak disuntik vaksin yang sama, kebarangkalian untuk menyebarkan kepada bayi yang lemah ini amat tinggi. Di akhirnya, kemungkinan bayi kita yang berumur 8 bulan ini mengalami batuk yang tidak pernah sembuh, akhirnya dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.
uppppsss ni hanya copY pasTe dr fesbuk dr zubaidi
everyone has their own opinions..nak amek vaksin atau x,
risiko sendiri tanggung kan heee =p
buatla keputusan yg terbaek buat anak2 kita
buatla keputusan yg terbaek buat anak2 kita



